Thursday, October 28, 2010

SERUPA DI FACEBOOK

Selari dengan perkembangan teknologi maklumat, SERUPA telah membuat page rasmi persatuan yang dikenali sebagai ARTSERUPA.

Setiap ahli SERUPA boleh berinteraksi dan berkongsi idea di page ARTSERUPA tersebut. Link ke page ARTSERUPA tersebut terdapat di sebelah kanan blog ini

Tuesday, July 21, 2009

MESYUARAT AGONG SERUPA KALI KE 7

PELANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA TAHUN 2009-2011

PENGERUSI :
TN. HJ. SANIP B. LASMAN

N. PENGERUSI :

TN. HJ. SOJAK B. HASSAN

SETIAUSAHA 1 :

EN. FAKHRUL ZAMAN B. MOHD SAMBAS

SETIAUSAHA 2 :

EN. NORAZLAN B. AHMAD

BENDAHARI :

EN. MD. SAHRIZAL B. SAHLAN

AHLI-AHLI JAWATAN KUASA :
1.EN. MORSIT B. MOYO
2.EN. MOHD. HAIRUL AZIZI B. AMAT TOKIMIN
3.EN. NASIR BIN SURAIMI
4.PN. SHIREEN LEE
5.EN. WEE CHIANG LUNG
6.PN. OH MOO TAN
7.EN. A. HANAN B.DALAIL
8. EN. MOHD. NOOR
9. EN YAHYA B. HASSAN
10. EN.YAHYA B. MOHAMAD
11.TN.HJ. AMAN BIN DAUD

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. CIK CHRIS WONG
2. EN. MOHAMAD NOOR B. RAHMAN

Monday, July 20, 2009

ekpedisi lakar endau rompin 22250509

Apresiasi seni & Alam 16/03/2009

PAMERAN SENI CAT AIR
APRESIASI SENI & ALAM
DI RUANG LEGAR PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
16 MAC – 16 MEI 2009





Penganjur bersama :

  • Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan sebuah pameran seni cat air APRESIASI SENI & ALAM yang menghimpunkan sejumlah 62 karya oleh 21 penggiat seni visual tanah air.

Perasmian oleh Pengarah :

  • Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai bin Kassim. Pengarah, Hal Ehwal Antarabangsa

Pengkarya-pengkarya antaranya terdiri daripada

  • Persatuan Seni Lukis & Rekacipta Johor ( SERUPA )
  • Johor Art Society ( JAS )
  • kumpulan-kumpulan seni dan pengamal seni tampak di kalangan Badan Bukan Kerajaan ( BBK ) dahulunya dikenali sebagai NGO.

Tema karya :

  • berkisar kepada subjek alam semulajadi, figuratif, flora dan fauna.
  • Olahan gaya yang dipersembahkan pada keseluruhan karya yang dipamer menjurus kepada karya representasi dan hanya beberapa karya berbentuk mujarad.

Pelukis terlibat :

  • Sanip Lasman, Ismail Attan, Md. Nor Bidin, Fakhrul Zaman, Yahya Hassan, Aman Daud, Lew Min Seong, Mansor Ghazali, Sojak Hassan, Tan Suz Chiang, Mahmud Jusan, Muhammad Taufik, Nasir Suraimi, Livide Lim Kian Huat, Shireen Lee, Alice Tan See Meng, Mohd. Fadzli, Dzulkifli A.Rahman, Adezul A.Nahrawi, Taib Abd. Razak dan Ahmad Saifuddin Abdullah.

Aktiviti lain :

  • Sesi demo lukisan cat air secara spontan oleh Ismail Attan dan Md. Nor Bidin diadakan sepanjang hari perasmian.
  • Persembahan zapin oleh pelajar SK Seri Melati Johor Bahru menambahkan lagi suasana meriah sepanjang hari pameran.

Tujuan Pameran :

  • APRESIASI SENI & ALAM antara lain bertujuan sebagai menghargai kreativiti dan hasil karya untuk penghayatan khalayak.
  • Pameran ini juga boleh disifatkan sebagai medium lokal agenda untuk melestarikan, merakyatkan serta menyemarakkan seni budaya di Wilayah Pembangunan Iskandar dalam konteks UTM khasnya.
  • Dalam aspek yang lain pameran ini meninjau perkembangan sejarah seni cat air Malaysia bermula dari era perintis iaitu sekitar 1930 an sehinggalah ke hari ini.
  • APRESIASI SENI & ALAM dizahirkan dalam perancangan teliti yang selari dengan penjenamaan Universiti iaitu Menjana Minda Kreatif dan Inovatif ( Inspiring creative and innovative minds ).
  • Sebagai mendepani cabaran arus global ketika ini bidang sains teknologi dan seni budaya harus seimbang untuk melahirkan masyarakat atau rakyat yang mempunyai jati diri serta kekuatan jiwa.
  • Sekiranya warisan seni dan budaya ini tidak diambil kira dalam kehidupan moden hari ini, maka dikhuatiri masyarakat yang dilahirkan seterusnya tidak seimbang dan kaku.
  • Sains teknologi dan seni budaya adalah ramuan yang sewajarnya digabung jalin oleh setiap lapisan masyarakat di UTM khasnya. Justeru pameran ini dapat menemukan komuniti seni dan sains bagi mencanai minda kreatif dan inovatif diperkongsikan dalam suasana yang harmoni dengan pelbagai bangsa, bahasa dan budaya.
  • seni + sains = masyarakat

Fakhrul Zaman Mohd. Sambas
Setiausaha
Persatuan seni Lukis & Reka Cipta Johor ( SERUPA )

mesyuarat agong gaps 24/01/2009